Hari Terbuka PIM Kg Luak 2020

24 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka PIM Kg Luak adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak PIM Kg Luak dengan komuniti sekitar. Pada hari tersebut, turut dijemput untuk hadir memeriahkan Hari Terbuka adalah anak – anak daripada PERYATIM (Persatuan Anak Yatim Miri). Terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak PIM. Turut hadir pada masa yang sama adalah YB Sebastian Ting yang kebetulan melawat kawasan pada masa itu.

Antara aktiviti yang diadakan adalah typing challenge, kuiz ICT, pengenalan kepada augmented reality dan juga taklimat Klik Dengan Bijak. Peserta yang hadir telah dibahagikan menurut pertandingan yang telah disediakan. Selain itu, turut diadakan lagi Lucky Draw untuk memeriahkan keadaan. Program berlansung dari jam 0800 – 1300 iaitu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap pertandingan serta diakhiri dengan sesi makan tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali